Bahasa adalah Modal Bisnes


Apabila kita berniaga, kata-kata yang kita ucapkan dapat menyebabkan wang datang ataupun wang lari.
 

Ada perkataan yang mempunyai nilai komersial, yakni apabila perkataan itu digunakan, produk kita laku, manakala ada perkataan yang sebaliknya.
Contoh perkataan yang tidak mempunyai nilai komersial adalah masalah. 

Justeru perkataan masalah tidak sesuai digunakan sebagai judul buku, seminar ataupun bengkel. 

Ramai orang bergiat aktif dalam bisnes bercakap (speaking) dengan menjadi hos radio, rancangan talk-show di TV, memberi kuliah, tazkirah, bengkel dan berceramah. 

Supaya audiens suka mendengar kita bercakap, jangan sebut perkataan masalah, sebaliknya gantikan dengan perkataan situasi. 

Contoh-contoh: 

(a) Masalah remaja zaman sekarang.... (SALAH)
(b) Situasi remaja zaman sekarang.... (BETUL) 

Dengan tidak menggunakan perkataan masalah, kata-kata yang kita ucapkan menjadi lebih sedap didengar, tutur kata kita menjadi lebih lunak dan manis, oleh itu kita dapat menaikkan mutu perkhidmatan kita, dan jumlah undangan akan meningkat.

Dalam percakapan harian pun begitu juga, jangan sebut perkataan masalah supaya orang di sekeliling kita suka mendengar percakapan kita.

Hasilnya, ramai orang suka berinteraksi dengan kita, dengan itu kita dapat meningkatkan jumlah rakan-bisnes dan pelanggan kita.



.

9 comments:

  Nordin

17 September 2009 6:51 PG

Petua sebegini amat baik untuk jadi panduan

  abdullahmansor

17 September 2009 6:53 PG

Entri pilot yang menarik puan

Em. Saya amat tidak selesa apabila rakan-rakan saya selalu sebut perihal masalah di depan saya.

Perkataan 'Masalah' memang bermasalah.

  Raja Faziliaton

17 September 2009 7:53 PG

Menggunakan perkataan 'situasi' memang nampak lebih positif dalam merangka jalan penyelesaian.
Terima kasih, puan.

  Raja Faziliaton

17 September 2009 8:13 PG

Tambahan...
Penggunaan perkataan 'situasi' pada sesuatu isu seperti menggambarkan ada jalan lain bagi mengatasi sesuatu isu. Sementara perkataan 'masalah' seperti satu bebanan yang sukar mencari jalan keluar.
Betul tak, puan?

Terima kasih, puan & suami (saya mengikuti blognya juga) atas ilmu yang dikongsi. Semoga Allah s.w.t membalas jasa tuan/puan berdua.

  MOHD SHAH IBRAHIM

17 September 2009 8:28 PG

Satu permulaan yang baik. Saya akan terus mengikuti dan jika berpeluang ingin berkongsi pandangan pada masa hadapan. Tahniah.

  afandi

17 September 2009 10:02 PG

pembetulan bahasa, bagus

  Norjihan

17 September 2009 11:44 PG

Saya bersetuju bahawa perkataan 'masalah' boleh mempengaruhi emosi dan persepsi dalam bisnes.

Izinkan saya memberi sedikit tambahan. Apabila saya berbincang dengan klien dalam menyelesaikan masalah, kami gunakan perkataan 'isu'.

Saya harap dapat menuntut banyak lagi ilmu daripada entri-entri puan.

Terima kasih.

  keranacinta

17 September 2009 4:27 PTG

Walaupun saya berehat sementara dari berniaga (kerana akan mengikut suami sambung belajar di luar negara), saya masih boleh aplikasi saranan puan dalam komunikasi harian selain bisnes.

Teruskan usaha Puan, saya menyokong dari jauh (Kota Bharu) namun dekat di alam internet.:)

  LUKEMAN YUSOFF

12 Oktober 2009 2:35 PTG

'Situasi' ataupun 'Cabaran' bagi menggantikan 'Masalah'. Halwa telinga manusia memang suka mendengar perkataan-perkataan yang positif