Jangan Bersaing dalam Bisnes


Axiom, (ejaan Melayunya aksiom), adalah kata-kata orang biasa yang sangat diketahui ramai dan dipercayai sebagai sesuatu yang benar.

Salah satu aksiom dunia bisnes yang sering kita dengar adalah: Kalau mahu berjaya dalam bisnes, kita mesti belajar bersaing, dan mesti pandai bersaing.

Jangan percaya kepada persaingan.

Tiada nas yang mengatakan 'kalau mahu berjaya dalam perniagaan, kita mesti belajar bersaing dan mesti pandai bersaing'.

Islam berpegang pada konsep 'berlumba-lumba'.

Konsep berlumba-lumba sangat berbeza daripada konsep bersaing. Bersaing bermakna mendapatkan kemenangan dengan cara mengalahkan orang-orang lain.

Berlumba-lumba bermakna tidak ada yang kalah, yakni semua orang menang, cuma siapa yang lebih menang, itu sahaja.

Dengan mengamalkan konsep berlumba-lumba kita sentiasa memberikan kerjasama kepada sesiapa sahaja demi membantu bisnes mereka supaya berjaya.

Buat bisnes adalah kerja orang bisnes, manakala duit adalah kerja Tuhan. Tuhanlah yang menentukan siapa yang mendapat banyak duit, dan siapa yang mendapat lebih banyak duit.

Atas nama persaingan, orang-orang yang pandai merosakkan bisnes orang lain, belum tentu dia yang dikurniai paling banyak duit oleh Tuhan.

Yang sudah pasti Islam menjanjikan: "Apabila kamu meringan beban saudara kamu, maka Allah akan meringankan beban kamu."



3 comments:

  Tirana

28 September 2009 2:13 PTG

I like this idea..we should go for win-win situation.

  Raja Faziliaton

28 September 2009 11:13 PTG

Saya setuju dgn puan. Dengan kata lain iri hati dgn kejayaan orang lain adalah bagus bagi memperbaiki pencapaian diri sendiri tanpa menjatuhkan pihak lain.
Sesungguhnya orang bisnes ni duit yang diperolehi memang 'direct' dari ALLAH s.w.t.
Jujur dan amanah dalam menguruskannya memang cabaran.

  haikalosman

29 September 2009 1:20 PTG

pada fikiran saya, boleh pakai kereta, helikopter, kapal, atau jet asalkan kita dapat urus perniagaan yang dilakukan.Isunya sikap orang kita sendiri juga.cepat sangat mahukan yang mewah-mewah.Tak salah kita tangguhkan hasrat memakai barang-barang mewah.