Risiko Membeli Kereta Besar


Ada pendapat yang mengatakan bahawa orang bisnes perlu menunjukkan 'bukti-bukti' bahawa bisnesnya bagus dan dia mempunyai banyak wang dengan membeli dan memandu kereta besar. Dengan cara itu, kata mereka, barulah mudah hendak buat bisnes sebab orang percaya mereka mampu membayar hutang.

Banyak orang yang baru memulakan bisnes yakin bahawa pendapat seperti itu benar, lalu belum apa-apa mereka membeli kereta besar.

Apabila towkay membeli kereta besar, beberapa perkara yang merugikan bisnesnya mungkin berlaku:

(i) Para pembekal yang memberi kredit berasa khuatir si towkay akan culas membayar hutang disebabkan duit yang sepatutnya digunakan bagi membayar hutang mereka digunakan bagi membayar hutang dan maintainance kereta besar itu.

Akibatnya para pembekal sedia ada yang selama ini memberi kemudahan kredit akan menekan si towkay supaya hutang mereka cepat-cepat dibayar semuanya. Kalau tidak dibayar, mereka tidak mahu menghantar bekalan baru.

(ii) Apabila si towkay cuba mendapatkan bekalan dari pembekal baru, pembekal itu tidak berani memberi kredit. Kalau mahu bekalan, mesti bayar dahulu, baru bekalan dihantar.

(iii) Para pekerja khuatir gaji mereka mungkin tidak akan dibayar secara regular, ataupun elaun overtime dan bonus mereka akan dipotong.

(iv) Motivasi kerja di kalangan pekerja mungkin jatuh sebab mereka berasa hasil penat-lelah mereka telah digunakan oleh si towkay untuk membeli kereta besarnya, bukan dikongsi bersama dalam bentuk kenaikan gaji dan elaun mereka.



2 comments:

  Raja Faziliaton

28 September 2009 11:05 PTG

Saya setuju dengan pendapat puan.Kebiasaannya yang suka berkereta besar-besar dulu-dulu adalah kaum Cina.Pernah dulu disatu kawasan setinggan Cina,kereta mereka lebih mewah dan besar dari rumah mereka.Kereta itu ibarat modal bisnes mereka untuk berniaga.
Sekarang pula Melayu terikut2 dan ditambah dgn kediaman yg mewah2 (lebih aset peribadi dari aset perniagaan).

  SitiNur

29 September 2009 10:15 PG

Hmmm... Baguslah jika lebih ramai yang buka mata untuk tidak terikut-ikut tetapi berbelanja bijak mengikut kemampuan.