Bisnes Gerai Makan


Bisnes yang paling banyak diceburi oleh peniaga Melayu adalah bisnes membuka gerai makan.

Pemerhatian rambang menunjukkan budaya membuka gerai makan ini berlaku di kalangan peniaga Melayu. Payah sekali kita hendak berjumpa peniaga Cina dan Mamak membuka gerai makan. Mereka membuka restoran.

Disebabkan banyaknya orang Melayu aktif dalam sektor warung dan gerai makan, sektor ini patut diberikan penekanan yang lebih bagi membantu pemilik gerai-gerai makan Melayu meningkatkan bisnes mereka sehingga berjaya menjadi restoran.

Saya pernah berkenalan dengan seorang pengusaha warung makan di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Selama 7 tahun berniaga, warungnya sangat popular disebabkan beliau menawarkan banyak pilihan lauk-pauk dan sayur-sayuran.

Keuntungan daripada warungnya dijadikan modal membuka restoran di Taman Melawati juga, dengan modal tunai RM150 ribu (15 tahun yang lalu). Restorannya hanya bertahan 18 bulan, dan akhirnya terpaksa gulung tikar.

Bisnes warung makan dan restoran adalah sangat berbeza. Pandai berniaga warung tidak semestinya pandai berniaga restoran.




1 comments:

  SitiNur

23 Oktober 2009 12:54 PTG

Jadi, apa implikasinya, Puan?

Orang Melayu tak fikir jauh ke hadapan? Atau lebih selesa kecil dan mesra?

Banyak cawangan gerai lebih baik daripada sebuah restoran?