Tip Mencipta Perbualan Bermakna


Pakar-pakar pemasaran menggunakan Face Book memberitahu bahawa perkara paling utama yang mesti dilakukan apabila kita mahu menjalankan marketing dalam FB adalah "menyampaikan content", yakni informasi yang berguna kepada pembaca FB.

Content yang baik adalah informasi baru, iaitu perkara-perkara yang belum diketahui oleh rakan-rakan FB.

Informasi baru memainkan peranan penting dalam internet marketing kerana:

(i) Ia menaikkan nilai sosial diri kita.

Nilai sosial diri kita paling rendah apabila nama kita dipadam oleh rakan FB. Nilai kita paling tinggi apabila rakan FB menulis dan mengucapkan terima kasih atas posting kita.

(ii) Ia menaikkan kredibiliti diri kita.

Kredibiliti adalah sejauh mana orang percaya kita mempunyai kepakaran dalam perkara yang kita tuliskan. Kredibiliti sangat kritikal peranannya apabila kita hendak berbisnes dengan pelanggan yang berpelajaran tinggi. Mereka hanya mahu berurusan dengan individu yang kredibel.

Content yang perlu kita tuliskan itu pula bukan informasi berkenaan produk yang kita tawarkan, tetapi maklumat-maklumat yang mempunyai kaitan secara tidak langsung sahaja dengan produk kita itu.

Sebagai contoh, jika kita mahu menjual kasut, jangan bercerita tentang perbezaan harga kasut yang mahu kita jual dengan harga kasut yang serupa jika dibeli di kedai. Sebaliknya tulislah tentang sejarah kasut, ataupun museum kasut, ataupun kisah kasut Rasulullah, dan maklumat-maklumat sampingan lain tentang kasut.

Perkara utama kedua yang mesti kita lakukan adalah mencipta "perbualan bermakna" dengan rakan-rakan FB.

Kemahiran mencipta perbualan-bermakna adalah kombinasi seni dan sains. Seni yang terlibat adalah seni memilih kata-kata yang positif dan manis. Sains yang digunakan adalah sains psikologi.

Kita dapat mengukur sejauh mana posting yang kita tulis itu telah mencipta perbualan bermakna dengan mengira berapa komen yang ditulis oleh rakan-rakan FB pada posting kita.


2 comments:

  SYAZWAN (ONE JACK)

21 Oktober 2009 2:14 PTG

salam pn..sebuah blog yang berguna untuk saya yang bercita-cita menjadi usahawan..Tidak keberatan saya ingin meminta nasihat pn dalam situasai sy sekarang di mana saya adalah seorang graphic designer dan memiliki pengalaman baru dalam 3 tahun sahaja.

Seorang sahabat saya, Z berminat menjadi rakan kongsi saya dan bertindak sebagai pelabur dnegan pembahagian untung 60:40 dan saya tidak perlu mengeluarkan modal.


Diantara perjanjian (mulut) saya tidak diberi gaji tapi perlu mencari projek2 dan baru dibhagikan keuntungan 60:40..Modal permulaan dia akan melabur dalam 20k..dan pembahgian untung akan berubah 50:50 jika saya dapat memberi modal 20k seorang.

Apakah pendapat pn dalam hal saya ini?..saya amatlah mentah dalam dunia bines..harap pn akan membantu sy..salam..

  Puan Ainon Mohd.

21 Oktober 2009 7:53 PTG

Tuan Syazwan,

Tuan tidak dibayar gaji. Mengapa pula tuan tidak buat sendiri sahaja?