Bekerja dengan Staf Perempuan


Pakar-pakar bidang "organizational behavior" (perangai manusia di tempat kerja) mengatakan tingkah laku pekerja lelaki dan pekerja perempuan tidak serupa.

Pekerja lelaki mementingkan objektif dan target kerja. Mereka mementingkan prestasi dan "score". Itulah sebabnya mereka mengamalkan budaya "teamwork". Kerana mementingkan score, mereka sanggup bertelingkah dan bersaing sesama rakan sepasukan.

Pekerja perempuan mementingkan hubungan baik sesama rakan sekerja. Perasaan "suka-menyukai" menjadi sangat dipentingkan oleh perempuan. (Target kerja tidak dicapai pun tidak mengapa, yang penting suka dan seronok bekerja.) Itulah sebabnya mereka membina "clique" di tempat kerja.

Inilah contoh tulisan seorang rakan FB perempuan: " The GM I'm dealing with is super nice. He doesn't think its his birthright to boss people around, and says thank you every time...." Ayat seperti ini takkan pernah terjadi dituliskan oleh pekerja lelaki.

Bagi lelaki, gaji mesti selaras dengan "score" yang mereka telah sumbangkan.

Bagi perempuan, gaji tidak penting, asal sahaja gaji itu dianggap berpatutan dengan apa yang rakan-rakan mereka terima.

Yang lebih penting bagi pekerja perempuan adalah dia berasa seronok dan suka bekerja dengan ketua yang "very, very nice person..."



1 comments:

  Amin007

9 November 2009 1:20 PG

dalam jabatan kerajaan, akan ada borang skt untuk menilai seseorang macam mana dia buat kerja.

kalau perangai lelaki dan perempuan berbeza di tempat kerja, bagaimana jabatan boleh capai misi yer???