Gerai Melayu Bising


Majoriti gerai-gerai makan milik pengusaha Melayu membuka TV ataupun radio dengan kuatnya sehingga pelanggan yang duduk di meja makan tidak dapat berbual dengan suara rendah.

TV dan radio itu dipasang oleh pemilik gerai sebab mereka yang mahu mendengar muzik.

Suasana makan yang sedap adalah suasa yang tenang dan relaks. Keadaan itu membantu makanan terasa lebih lazat. Ia membantu meningkatkan kepuasan pelanggan.

Suasana bising mendorong pelanggan cepat-cepat makan dan pergi, oleh itu mereka tidak membuat pesanan tambahan.

Pelanggan yang tidak selesa juga tidak berminat datang lagi, melainkan terpaksa sebab tiada pilihan.


2 comments:

  Bibi

25 November 2009 8:01 PG

Memang wujud situasi di mana kebanyakan gerai-gerai Melayu bising. Ini secara tidak langsung mencipta persepsi negatif sesetengah pelanggan. Pengusaha Melayu harus lebih peka dengan keperluan pelanggan mereka yang berbeza latar belakang kerjaya. Apatah lagi penulis yang menjadikan mana-mana tempat sebagai inspirasi untuk menulis.

  Amin007

29 November 2009 4:57 PTG

tapi biasanya gerai melayu pada waktu malam
ada skrim besar untuk tarik penonton lelaki nak tengok bola

tu macam apa pulak???