Kongsikan Kekayaan Kita


Supaya bisnes kita dapat buat lebih banyak keuntungan, kita mesti dengan suka hati membahagi-bahagikan keuntungan bisnes kita dengan semua pihak yang membantu perniagaan kita berjaya.

Jumlah keuntungan yang kita kongsikan itu tidak boleh sedikit, tetapi mesti banyak!

Orang-orang lain mesti mendapat lebih banyak duit daripada kita sendiri.

Daripada jumlah keuntungan itu, ambil sedikit sahaja untuk diri kita. Yang selebihnya berikan kepada orang-orang yang menyumbang kepada bisnes kita.

Dengan cara begitu sahaja barulah kita dapat buat lebih banyak bisnes.

Kita mesti tolong orang-orang lain dapat banyak duit, barulah kita dapat lebih banyak duit.

Bayar gaji yang lebih tinggi kepada pekerja. Bayar caruman KWSP mereka. Bayar caruman SOCSO mereka. Bayar insuran kesihatan mereka. Beri komisen. Beri bonus.

Kepada pembekal, bayar harga yang berpatutan dengan mutu barang dan perkhidmatan yang mereka bekalkan. Jangan laga-lagakan pembekal dengan niat mahu mendapatkan bekalan paling murah.

Jangan suka tukar-tukar pembekal. Bantu pembekal membesar bersama-sama dengan kita. Bisnes kita membesar, bisnes mereka pun membesar.


3 comments:

  Fairuz Sulaiman

10 Disember 2009 12:40 PTG

Saya sangat setuju dengan isi kandungan pengisian kali ini kerana setiap orang yang berjasa kepada kita perlu diraikan bersama supaya mereka lebih menghargai kita dan menyayangi kita.

  Wan Anie

10 Disember 2009 9:03 PTG

ya.. setuju, tapi malangnya tidak ramai majikan yang berkongsi keuntungan dengan pekerja.

  saiful

10 Disember 2009 11:26 PTG

kebanyakan majikan pentingkan keuntungan shj..jasa pekerja sentiasa diabaikan..