Makna Menjadi Orang Kaya


Angka-angka bukan ukuran kekayaan. Kita tidak boleh mengatakan orang yang mempunyai pendapatan RM50,000 sebulan ataupun RM500,000 sebulan sebagai orang kaya sebab orang itu sendiri belum tentu mengatakan dirinya sudah kaya.

Isu kekayaan adalah isu cara seseorang itu berfikir tentang duit, isu sikap terhadap duit, isu perasaan mengenai duit, dan isu gaya hidup dengan menggunakan duit.

Selagi kita sendiri masih bekerja keras demi mencari banyak duit, itu namanya kita belum kaya, meskipun kita mendapat RM50,000 sebulan.

Kita kaya apabila duit kita sudah bekerja untuk kita, yakni dengan menggunakan duit, kita dapat menjadikan orang-orang lain bekerja membuat duit untuk diri mereka sendiri dan untuk kita juga. Itu baru kaya, namanya.


2 comments:

  ikatkata

18 Disember 2009 2:58 PTG

Kata Nabi Muhammad,

"Kaya itu bukanlah lantaran banyak harta. Kaya itu ialah kaya hati".

Hadis dari Abu Hurairah, direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya.

  Pokli.com

20 Disember 2009 1:37 PG

bak kata T harv ekar...
minda jutawan