Mengekalkan Bisnes


Memulakan bisnes adalah perkara mudah.

Menjalankan bisnes selama 1 ataupun 2 tahun pun perkara yang tidak terlalu sukar. Tetapi meneruskan bisnes lebih daripada 5 tahun adalah sangat sukar.

Semua bisnes menjalani kitaran yang serupa: mula-mula kita buka bisnes, kemudian bisnes kita menjadi mapan, kemudian bisnes kita menjadi tua, lalu lama kelamaan mati kerana tidak dapat lagi bersaing dengan bisnes-bisnes yang lebih baru.

Kalau kita mahu terus kekal menjalankan bisnes kita, maka kita perlu meremajakan semula bisnes kita itu. Kita mesti perbaharui bisnes kita, kalau tidak kita akan tutup kedai.

Kita mesti keluarkan belanja bagi meremajakan bisnes kita.


1 comments:

  Khairul

7 Disember 2009 3:22 PTG

Saya amat bersetuju dengan 'meremajakan' (facelift, etc) untuk bisnes dan ianya juga memakan belanja untuk berbuat begitu. Untuk mengurangkan belanja, bisnes harus berubah sedikit demi sedikit mengikut faktor perubahan dan persekitaran.

Saya juga amat tertarik dengan 'Lean Management' dimana ia mampu mengubah cara dan budaya sesuatu bisnes. Jika puan dapat mengulas tentang Lean, amatlah bagus.