Meremajakan Semula Bisnes


Banyak gerai makan orang Melayu makin hari makin buruk. Kerusi mejanya makin buruk. Pinggan mangkuknya makin buruk. Sudu garpunya makin buruk. Alas mejanya makin buruk. Dapurnya makin buruk. Peti aisnya makin buruk.

Pemilik gerai tidak mampu membuang semua alat itu dan membeli yang baru.

Banyak sebab mengapa mereka tidak mampu. Sebab yang utama adalah mereka tidak melakukan seperti yang dilakukan oleh pengurusan hotel.

Setiap 3 tahun hotel-hotel menukar cat dinding, langsir, selimut, tuala, cadar, lapik tilam, sarung bantal, lapik kaki, tirai bilik mandi, dan lain-lain barang yang digunakan dalam kamar supaya semuanya baru semula.

Dengan itu, setiap tiga tahun, hotel itu macam baru dibuka.

Wang bagi membiayai kos itu datang daripada sebahagian keuntungan yang sengaja diambil dan disimpan bulan demi bulan, dan tidak diusik-usik.


2 comments:

  Tanpa Nama

9 Disember 2009 7:17 PTG

Tu pasal harga perkhidmatan yang kita tawarkan perlu mengikut harga pasaran..agar dapat menyimpan sedikit keuntungan utk meremajakan perniagaan kita. Kebanyakan peniaga melayu cuma ambil untung 'cukup cukup makan ' tanpa memikirkan isu meremajakan perniagaan mereka.

  tukangdera

10 Disember 2009 12:37 PTG

ada satu kedai nasi ayam di kemaman,
nasi ayam dia dah sedap dah, tapi pinggan (pinggan ceramic, bagus dah dari pinggan plastik) tapi masalahnya pinggan ceramic dia tu ada cop bunga2 timbul, bukan setakat di bibir pinggan saja, tapi sampai ke tengah pinggan pun ada,

jadi bila orang makan nasi ayam, sudu tu bergesel dengan cop bunga timbul tu, boleh buat jadi ngilu gigi..

saya cadangkan, kepada peniaga restoran, gunakan pinggan ceramic putih kosong, jangan pinggan plastik (nanti melamin masuk dalam makanan, terutama makanan panas) lagi satu pinggan plastik ni lama2 dia akan timbul calar2 halus.. lepas dah lama daki2 hitam akan masuk celah2 calar tu.. basuh macam mana pun tak hilang.. bakteria banyak tu..

kalau ada bajet lebih sikit, pinggan putih tu pegi cop nama restoran kita,.. baru ada kelas..