Puan Asha Bertanya


Puan Ainon,

Buat pengetahuan puan, saya mempunyai sebuah kedai dobi yang masih belum setahun beroperasi.

Masalah saya adalah pekerja saya, bukan sekali dua membuat kesilapan. Berkali-kali sehingga pelanggan akan lari.

Massalah saya, saya tidak sampai hati hendak membuang pekerja itu, Dia adalah pekerja pertama saya semasa mula-mula membuka kedai, tetapi dialah yang paling susah untuk dibentuk.

Bukan setakat saya sahaja yang agak tension dengannya, malah anak buah saya yang lain pun begitu. Dia tidak pernah mengaku salah.

Kalauo tengok muka kesian dia, memang tidak sampai hati hendak buang dia.

Minta khidmat nasihat puan.

ASHA

.....................

Puan Asha,

Pekerja puan itu seorang yang setia kepada puan kerana walaupun layanan di tempat kerja tidak berapa menyeronokkan hatinya, namun dia tetap tidak mencari kerja lain.

Ertinya, ada sesuatu tentang cara puan melayan pekerja-pekerja puan yang menyebabkan dia masih mahu bekerja dengan puan.

Dalam surat puan, puan ada menyebutkan bahawa puan mengenang budinya sebagai pekerja puan yang pertama.

Pernahkah puan katakan perkara itu kepadanya? Jika belum, katakanlah bahawa puan terhutang budi kepadanya.


2 comments:

  ~aSHa~

29 Januari 2010 9:30 PG

Terima kasih ye Puan Ainon..saya harap dia tahu saya menghargai dia dan akan berubah sikap..

Pernah dia menyorok kan beberapa kesilapan seperti 'kalau pakaian tidak berapa bersih, tetapi dah kering, dia akan terus melipat letak dalam plastik, dia cakap dengan rakan2 sekerjanya, takpe la sikit sahaja'

contoh yang lain 'pernah dia mencampurkan pakaian2 ketika membasuh, dan bila tiba waktu melipat, habis semua pakaian pelanggan bercampur, dan membuatkan pelanggan marah2, terpaksa pilih sendiri'

bila saya tegur, dia akan muka kesian, minta maaf dan kata ok

  ahpengitufikri

12 Februari 2010 10:35 PG

saya ada baca buku mengenai matsushita leadership.....dia ada menceritakan jika syarikat kita gagal dlm perniagaan jangan salahkan orang bawah...kerana kita patut nilai diri sendiri bagaimana komunikasi kita dgn pekerja itu...kegagalan orang bawahan gagal adalah berpunca dari cara orang atasan mengatasinya...jika kita berjaya mengubah org bawahan dgn baik, dan dia akan bekerja dgn baik...insyaALLAH kita bukan saja berjaya dalam perniagaan malah kita juga berjaya dalam membentuk orang.... selaku boss kita patut berterus terang apa yang kita mahukan, miss communication selalu berlaku dan menjadikan konflik.....

sekadar pengetahuan yg diambil dari buku.....maaf sekiranya puan terasa...