Strategi Keterbezaan Produk


Apabila kita menjual produk yang sudah banyak terdapat dalam pasaran, maka strategi keterbezaan produk (product differentiation) menjadi sangat penting.

Apakah ciri-ciri yang membezakan produk kita daripada produk-produk lain?

Sebagai contoh, jika kita hendak menjadi pengeluar telur masin, apakah ciri yang membezakan telur masin kita daripada telur masin yang sudah ada dalam pasaran?

Apabila produk kita serupa dengan produk-produk lain, kita tidak dapat menjualnya pada harga yang lebih tinggi. Malah, disebabkan kita pemain baru, kita terpaksa bersaing dengan menjual pada harga yang lebih rendah.

Dengan menterbezakan produk kita, maka kita dapat menjual pada harga yang paling sesuai dengan kos pengeluaran kita.




3 comments:

  Mr Saharman

4 Januari 2010 10:31 PG

Assalamualaikum Puan Ainon,
Terima kasih di atas tip-tip perniagaan yan puan sediakan, banyak pengetahuan tambahan saya dapat dari tip-tip puan.
Syarikat saya menyediakan perkhidmatan menginokulen pokok gaharu yang sudah matang untuk menghasilkan gaharu dan juga minyak gaharu. Bagaimanakan cara yang saya perlu lakukan untuk membezakan produk inokulen kami dengan produk yang ada dalam pasaran dan juga untuk mengekalkan harga supaya dapat menampung kos operasi da menjana untung. Sekian terima kasih.
Saharman Bin Ariffin

  Puan Ainon Mohd.

4 Januari 2010 2:42 PTG

Alaikumussalam, Tuan Saharman.

(i) Teknologi inokulen itu perlu diterangkan dengan jelas dalam brosur yang diberikan kepada semua orang yang ditargetkan sebagai bakal pembeli.

(ii) Jawab semua pertanyaan dengan cara yang objektif.

(iii) Terangkan manfaat teknologi inokulen.

(iv) Terangkan proses inokulen itu dilakukan.

(iii) Jangan memuji-muji produk kita sendiri.

(iv) Jangan buruk-burukkan produk orang lain.

(v) Tunjukkan foto-foto yang membezakan pokok yang berteknologi inokulen dan pokok yang tidak.

(vi) Kalau ada contoh pokok hidup, itu lebih baik.

Harga yang lebih mahal sedikit tidak menjadi isu apabila bakal pembeli sudah betul-betul yakin, membeli benih tuan adalah pelaburan yang betul.

  dhida

5 Julai 2010 10:12 PTG

salam puan ainon,

saya ida,,baru mengeluarkan 1 produk sos cili..sos cili kurma...adakah tindakan saya betul selama ini dengan menjual sos cili kurma saya itu pada harga rendah dari sos cili pasaran dgn harapan dapat menarik perhatian pengguna...kerna berfikir produk masih baru dan jika dijual mahal tiada yg akan membeli.

dan lagi 1, saya ada meletakkan sos cili kurma ini di kedai2 runcit, tapi jualan sangat pelahan dan banyak yang return...jadi bagi merancakkan jualan saya banyak mengikuti promosi2 @ ekspo bagi mempromosikan sos cili kurma ini..boleh puan bg ideas cara ape lagi yang boleh saya lakukan untuk merancakkan jualan sos cili kurma saya ini?