Tuan Nazri Bertanya....


Puan Ainon,

Bagi perkhidmatan fotografi pula, pelanggan saya juga ramai mengatakan yang caj yang saya kenakan adalah mahal.

Masalahnya, apabila saya bertanya kepada mereka, "Sudahkah Tuan melihat hasil kerja saya sebelum ini?" Mereka menjawab, "Belum."

Adakah dia tidak puas hati dengan kualiti yang saya berikan, sedangkan pelanggan tersebut tidak melihat pun hasil kerja saya?

Nazri Azari

.....................

Tuan Nazri,

Pelanggan tuan itu tidak mempunyai maklumat berkenaan kualiti foto yang tuan akan hasilkan untuk mereka.

Jadi, tuan perlu memberikan maklumat itu kepada pelanggan.

1. Tuan boleh bawa album koleksi foto terbaik tuan ke mana-mana tuan pergi, sentiasa album itu ada dalam kereta.

Album itu mesti berkualiti tinggi supaya foto-foto tuan dipersepsi amat bermutu. (Juadah yang lazat perlu dihidangkan dalam pinggan yang mahal dan cantik supaya serinya bertambah menawan.)

2. Tuan boleh mencetak brosur promosi perkhidmatan tuan.

Pada brosur itu tuan tampilkan koleksi foto-foto terbaik.

Dapatkan layout artist yang pakar bagi mendesain layout brosur itu. Lazimnya layout artist majalah mempunyai kepakaran itu.

3. Tuan boleh mencetak foto terbaik tuan pada kad nama tuan.

4. Tuan gunakan secara maksimum blog tuan bagi menunjukkan kualiti foto-foto tuan.

5. Berikan sesuatu secara percuma kepada pelanggan, sebagai contoh, berikan 2 buku album foto berkualiti tinggi.


0 comments: