2 Jenis Bakat Bisnes


Ada dua jenis orang bisnes:

(i) Entrepreneur: Mereka menjalankan modal mereka sendiri dengan menubuhkan syarikat sendiri. Manusia jenis ini mempunyai ciri-ciri psikologinya sendiri.

(ii) Intrapreneur: Mereka bertugas dalam syarikat dan menjalankan modal yang dimiliki oleh pemegang saham. Golongan ini mempunyai ciri-ciri psikologinya sendiri.

Banyak orang korporat yang amat berjaya di tempat kerja mereka, kemudian mereka berhenti kerja dan membuka bisnes sendiri, kerana mereka yakin jika mereka boleh buat berjuta-juta untuk syarikat orang lain, maka tentu mereka boleh buat berjuta-juta untuk syarikat milik sendiri.

Kemudian mereka gagal, kerana mereka mempunyai bakat intrapreneur, bukan bakat entrepreneur.....



2 comments:

  Hasbi

22 Februari 2010 8:22 PTG

Puan Ainon,

Adakah intrapreneur ini seperti membuat perniagaan Multi-Level Marketing? Menjual produk untuk syarikat tertentu dengan menggunakan konsep "direct selling".

  Puan Ainon Mohd.

22 Februari 2010 9:44 PTG

Puan Hasbi,

Intrapreneur adalah kakitangan dalam sesebuah syarikat yang bersikap seolah-olah dia bekerja dalam syarikat miliknya sendiri.