Menolong Bisnes Rakan Sederet


Apabila kita membuka gerai ataupun menyewa kedai, tentulah kita mempunyai banyak rakan-rakan sesama peniaga yang sederet dengan gerai ataupun kedai kita.

Kita perlu membantu bisnes rakan-rakan sederet kita supaya maju, barulah bisnes kita sendiri akan maju.

Walaupun bisnes mereka serupa dengan bisnes kita, kita perlu membantu bisnes mereka, demi membantu bisnes kita sendiri.

Orang ramai suka datang ke kawasan di mana semua gerai-gerai di situ maju-maju belaka. Inilah yang menyebabkan kita gerai kita takkan maju apabila gerai sebelah-menyebelah kita tidak maju.

Manusia suka membeli di kawasan yang menawarkan banyak pilihan yang bagus-bagus belaka. Semakin banyak jumlah gerai di sesuatu kawasan itu, semakin orang ramai suka datang ke situ.



1 comments:

  Bibi

14 Februari 2010 1:55 PTG

Assalamualaikum Puan Ainon dan pembaca semua,

Buat masa ini saya bekerja di deretan rumah kedai dua tingkat di mana terdapat enam premis yang menjalankan bisnes yang sama. Saya bersama seorang lagi rakan sekerja mencuba sedaya upaya memenuhi keperluan psikologi dan emosi pelanggan. Dan saya percaya hasilnya sebaik dapat melihat makin ramai yang memilih kami sebagai pusat mendapatkan perkhidmatan Internet.

Kami juga selesa mengamalkan sikap saling membantu sesama premis sederet mahu pun sekitar demi menjaga imej kami dan bisnes kami untuk jangka masa panjang hendaknya.Insya-Allah.