Modal Utama Bisnes


Wang bukan modal utama bisnes. Tanpa memiliki wang pun kita masih dapat memulakan bisnes.

Modal utama bisnes adalah kepercayaan pemodal ke atas diri kita. Apabila diri kita dipercayai orang, maka akan ada orang-orang yang sanggup memberikan kepada kita wang sebagai modal bisnes.

Faktor utama yang mendorong orang mempercayai diri kita bukanlah ijazah kita.

Kita menjadi orang yang terpercaya apabila kita mempunyai rekod bersih daripada kesalahan bercakap bohong.



3 comments:

  Bibi

16 Februari 2010 8:54 PG

Salam inspirasi pada Puan Ainon,

Benar dan sangat ada benarnya di sini!'RM' belum tentu boleh menjamin kesuksesan bisnes.Atitud yang baik dan amanah sebenarnya boleh 'menarik RM' kepada kita.

  jalaluddin

17 Februari 2010 3:23 PTG

Puan yang dihormati

Bolehkah puan menerbitkan satu artikel berkaitan dengan apakah ciri-ciri demografi sesuatu tempat yang sesuai untuk memulakan bisnes kedai buku?

Saya buntu dalam mengenal pasti aspek-aspek penting untuk bisnes kedai buku.

Terima kasih
Jalal
Parit Raja, Batu Pahat

  Puan Ainon Mohd.

17 Februari 2010 9:14 PTG

Tuan Jalaluddin,

Saya akan menulis artikel itu dan akan saya terbitkan di blog saya http://universitipts.com