Pelanggan Kita adalah Duta Kita


Sesetengah pelanggan kita adalah orang yang mempunyai daya pengaruh tinggi dalam masyarakat, kerana mereka itu adalah orang-orang yang mempunyai kedudukan istimewa.

Dalam sesebuah kampung, Tok Empat adalah orang yang paling tinggi statusnya.

Apabila Tok Empat suka makan nasi lemak di gerai kita, dengan sendirinya status perniagaan kita naik di mata orang-orang kampung. Kehadiran Tok Empat itu mengesahkan bahawa kualiti nasi lemak kita itu amat bagus.

Tingkah laku orang-orang yang istimewa menjadi tiruan orang-orang lain. Maka mereka ikut datang makan nasi lemak di gerai kita. Justeru Tok Empat itu sudah memainkan peranan sebagai duta bisnes kita!

Banyak restoran mempamerkan foto orang-orang kenamaan dan selebriti yang pernah datang makan di situ.

Kita perlu mendapatkan orang-orang istimewa menjadi pelanggan bisnes kita, dengan itu barulah kita mempunyai duta.

Seandainya kita mempunyai kedai jahit, isteri Tok Empat dapat menjadi duta kita.





0 comments: