Pelanggan Kita adalah Salesman Kita


Apabila kita membuka bisnes, ada jenis-jenis bisnes di mana kita tidak perlu mengambil salesman yang kita bayar gaji bulanan.

Sebaliknya, kita hanya perlu menjadikan pelanggan-pelanggan kita sebagai salesman kita.

Pelanggan yang puas hati akan bercakap kepada orang lain dan memberitahu mereka supaya datang ke tempat kita. Jadi, mereka sebenarnya menjalankan tugas-tugas salesman bagi bisnes kita.

Jika kita mengambil salesman, kosnya tinggi. Kita terpaksa membayar gaji bulanan, EPF, SOCSO, insuran perubatan, elaun minyak, dan macam-macam lagi kos.

Dengan menggunakan perkhidmatan pelanggan-pelanggan kita yang puas hati, kosnya adalah sifar!



1 comments:

  U`INSPIRASI

1 Februari 2010 11:30 PG

Setuju sangat! Terbukti dengan PJK kami yang pada mula beroperasi sangat sukar mendapat pengguna atau ahli, namun sebaik dilakukan sedikit promosi yang tepat pertambahan ahli bertambah mendadak dalam masa sebulan. Setelah dikaji, rupanya mereka yang pernah berkunjung ke PJK ini secara tak langsung menjadi 'salesman' kepada Pusat Jalur Lebar kami.Terima kasih kepada ahli/pengguna budiman!

Salam inspirasi,
Penolong Pengurus