Kepakaran Trainer dalam Bisnes Training


Bidang training adalah 'expert area', yakni bidang kepakaran, justeru kita perlu masuk bisnes training sebagai seorang expert atau pakar dalam jenis-jenis kemahiran (skill) yang kita mahu tawarkan kepada pelanggan.

Sebagai trainer, kita perlu berpegang pada etika profesional sebagai trainer sebagaimana doktor-doktor bedah berpegang pada etika profesion mereka, di mana seseorang doktor bedah tidak akan melakukan pembedahan dalam bidang yang mereka bukan pakarnya.

Namun saya perhatikan, banyak 'trainer' Melayu menawarkan kepada bakal pelanggan modul-modul yang mereka sendiri bukan pakar dalam bidang itu.

Ambil sebagai contoh, banyak trainer menawarkan modul komunikasi sedangkan mereka bukan pakar bidang itu.

Bidang komunikasi adalah sangat luas, sub-bidang komunikasi apakah yang mereka pakar? Teori-teori komunikasi apakah yang dikuasainya, dan teknik-teknik komunikasi apakah yang mereka sendiri amat pakar menggunakannya?

Apabila kita menawarkan modul yang kita bukan pakarnya, kita pasti mencipta pelanggan yang tidak puas hati. Pelanggan yang tidak puas hati akan bercakap tentang kita kepada orang-orang lain. Ini akan merosakkan bisnes kita sendiri.


Bisnes Latihan dan Seminar


Apabila kita menjalankan apa-apa jua jenis bisnes, kita dapat menjadi penceramah ataupun jurulatih kepada orang-orang lain yang berminat menjalankan bisnes serupa.

Sebagai contoh, jika kita mempunyai salon rambut, kita boleh mengendalikan sesi latihan dan mengenakan yuran kepada peserta.

Jika kita mempunyai kedai dobi, kita dapat melakukan perkara yang serupa.

Jika kita membuat dan menjual bahulu kampung, kita dapat melakukan perkara yang serupa.

Kursus dan latihan itu dapat dibuat dengan kecil-kecilan:

1. Kursus dijalankan di tempat kita sendiri.

Kalau kita membuat bahulu, jalankan kursus di dalam dapur bahulu kita.

Cara ini lebih berkesan sebab peserta dapat melihat sendiri bagaimana kita menjalankan kerja-kerja pembikinan bahulu secara komersial. Mereka lebih puas hati kerana mendapat nilai-tambahan (value-added).

Mereka bukan hanya belajar resipi bahulu, malah mereka dapat belajar jenis-jenis oven yang kita gunakan, susun-letak dapur kita dan dapat melihat pekerja kita bekerja.

2. Peserta yang datang tidak perlu banyak.

Dengan menjalankan kursus dalam dapur kita sendiri, peserta tidak perlu banyak. Dengan kehadiran dua tiga orang pun sudah dapat kita jalankan kursus. Jika setiap peserta dikenakan yuran RM100, kita sudah dapat RM300 ringgit dengan tidak perlu susah-susah.

Peserta juga lebih puas hati sebab kita dapat melayan semua pertanyaan mereka, dan mereka berpeluang belajar sebanyak-banyaknya daripada kita.

3. Perkara yang diajarkan juga tidak perlu banyak.

Kita boleh mengajarkan sedikit kemahiran sahaja. Sebagai contoh, bagi satu sesi kursus, kita mengajarkan cara membuat satu jenis bahulu sahaja.

4. Masa kursus juga tidak perlu panjang.

Kita boleh jalankan kursus untuk 2 ataupun 3 jam sahaja, tidak perlu berhari-hari.

NOTA: Tuan Zamri Mohamed adalah seorang penulis artikel-artikel untuk dierbitkan dalam akhbar dan majalah. Beliau juga menjalankan kursus mengajar peserta bagaimana cara menulis artikel untuk akhbar dan majalah.


Bisnes 'speaking' dan 'training'


Dua bakat ini amat berbeza: (i) Bakat 'speaking', (ii) Bakat 'training'.

Kedua-dua bakat ini jarang ada pada satu individu. Justeru 'speaker' yang bagus tidak mahir menjalankan sesi 'training', manakala 'trainer' yang bagus tidak pandai berceramah.

Perbedaan tugas 'speaker' (penceramah) dan 'trainer' (jurulatih):

1. Speaker memberi 'awareness' (kesedaran). Itulah sebabnya dia perlu menguasai seni bercakap di depan audiens.

2. Trainer memberi 'skill' (kemahiran). Itulah sebabnya dia perlu mahir men-design aktiviti berlatih supaya dia dapat men-transfer (memindahkan) skill yang ada pada dirinya kepada pelatih-pelatihnya.

Jabatan kerajaan sering keliru. Mereka memanggil 'penceramah' supaya menjalankan sesi 'training'. Hasilnya, peserta dipaksa mendengar sesi-sesi ceramah.

Trainer yang bagus tidak perlu petah-bercakap. (Kalau jurulatih pasukan bola sibuk berceramah, baru betul!)....


Memuji Bisnes Partner


Sebelum beliau menjadi seorang nabi, sebagai pedagang (trader) Nabi Muhammad pernah mempunyai seorang bisnes-partner yang bernama Saib bin Ali Saib.

Kemudian, lama mereka tidak berjumpa kerana Nabi Muhammad berpindah ke Madinah manakala Saib terus tinggal di Mekah.

Mereka terjumpa lagi semasa Nabi Muhammad pulang ke Mekah dari Madinah bersama-sama ratusan ribu orang Islam. Pertemuan yang tidak disangka-sangka itu menyebabkan sahabat-sahabat Nabi Muhammad berbual-bual tentang peribadi baik Saib bin Ali Saib itu.

Nabi Muhammad memberitahu sahabat-sahabatnya bahawa beliau lebih mengenali siapa Saib yang sebenarnya.

Semasa Saib datang, Nabi Muhammad menyambutnya dengan penuh gembira. Kata beliau, "Mari! Mari! Selamat datang, wahai saudara dan juga temanku, yang pernah menjadi rakan-kongsiku dan selamanya tidak pernah bertengkar denganku."

Saib bin Ali mengesahkan bahawa Nabi Muhammad pernah menjadi bisnes-partnernya dalam berdagang, dan beliau adalah seorang yang lurus apabila menjalankan urusan perniagaan.


Tiga Hari


Saya saat ini sedang membaca buku "Muhammad Sebagai Seorang Pedagang" karya Profesor Afzalurrahman, edisi terjemahan Indonesia, terbitan Yayasan Swarna Bhumy, 1997. Judul asalnya "Muhammad as a Trader".

Saya terjumpa maklumat yang menarik dalam buku ini.

Abdullah bin Abdul Hamzah melaporkan, katanya, "Saya pernah membeli barang daripada Muhammad, iaitu sebelum beliau menjadi nabi. Disebabkan urusan saya dengan beliau belum selesai, maka saya berjanji akan menghantarkan barang kepadanya, tetapi kemudian saya terlupa. Tiga hari kemudian baru saya teringat, lalu saya pun pergi ke tempat yang dijanjikan, dan saya dapati beliau masih berada di situ menunggu saya. Dia berkata kepada saya, 'Tuan membuat saya resah. Sudah tiga hari saya menunggu tuan di sini.'" - Kisah ini direkodkan oleh pakar hadith yang bernama Abu Daud.


Surat: Kekurangan Main Bisnes Kontrak


Puan Ainon,

Sepuluh tahun dulu, tatkala saya bersama teman mahu menubuhkan syarikat yang akan terlibat dalam industri pembinaan, mentor Lao Bang saya memberikan syarahan panjang.

Masih saya ingat, Lao Bang menerangkan tentang character Cina (bei)

Bei membawa maksud 'sesuatu yang berharga'. Dari character ini ia berkembang membentuk character lain yang
bermaksud 'jual'

Dari character bei juga ia berkembang membentuk satu lagi character yang membawa maksud 'beli'

Apabila 2 character 'jual' dan 'beli' ini diletakkan sebelah menyebelah ia membawa maksud baru iaitu 'perniagaan'.

Menurut Lao Bang, untuk berjaya dalam business, mesti berpegang kepada prinsip beli dengan harga serendah mungkin dan jual dengan harga lebih tinggi.

Fast Foward...10 tahun selepas syarahan itu, syarikat kontraktor kelas A saya telah berkembang. Kami telah memperolehi lebih dari 100 juta projek. Segala cabaran yang kami hadapi sukar nak diperikan. Kenapa? Hanya kerana kami nak buat sendiri. Mahu berdikari.

Hakikatnya, perniagaan kontraktor tidak memenuhi flasafah Lao Bang, kerana syarikat kontraktor berteraskan ciri: kenalpasti projek, masuk tender, lobi menteri, buat sendiri (saya tidak pernah jual projek), kadang-kadang rugi, dan untungnya tidak sebesar yang diimpikan.

Kenapa? Kerana kami menentang arus.

Industri ini masih dikuasai oleh mereka yang menguasai rantaian bekalan.

Sekarang atas nasihat Lao Bang, saya mempelbagaikan bidang. Dan 8 syarikat saya bersandarkan falsafah Lao Bang, iaitu perniagaan mesti berasaskan jual dan beli.

Sekian.

Roslan Abdul Hamid