Mencari Pengalaman Berniaga


Bagi tuan yang mempunyai rancangan mahu menjadi bisnesman, ada baiknya tuan bekerja dahulu dengan syarikat yang aktivitinya serupa dengan bisnes yang tuan mahu ceburi.

Sebagai contoh, tuan mahu membuka kedai buku, ada baiknya tuan bekerja dahulu dengan syarikat pengedar buku, ataupun syarikat rangkaian kedai buku.

Dengan demikian tuan mempunyai peluang mendapatkan gambaran dan maklumat yang sangat berharga tentang dunia bisnes buku. Ini membantu tuan mengelakkan daripada melakukan kesilapan-kesilapan yang amat asas apabila memulakan bisnes sendiri.

Inilah yang dilakukan oleh kedai-kedai makan ataupun restoran Mamak. Mereka yang membuka kedai makan Mamak semuanya pernah bekerja dalam kedai Mamak lain. Itulah sebabnya kita takkan berjumpa kedai makan Mamak tutup bisnes!

Lain ceritanya dengan kedai makan Melayu....



1 comments:

  dhidaida

4 Julai 2010 10:38 PTG

salam puan,

mmg 100% setuju ngan puan...tapi saya x berkesempatan utk belajar habis dalam ex syarikat saya dulu...saya minat berniaga dalam makanan ..dulu bekerja di sykt food marketing(distributer food)..tp x sempat belajar cara2 marketing kerna saya perlu membantu menggerakkan perniagaan ibu saya awal..dan sekarang ni saya masih mencari sifu yang boleh membimbing saya dalam bisnes disamping bergerak bersama usahawan2 yang lain yang baru mula berniaga...boleh puan beri pandangan?