Orang Bisu pun Dapat Menjual


Siapa kata menjadi jurujual kita wajib petah bercakap?

Pada suatu masa saya sedang makan di dalam restoran Mamak.

Ada seorang gadis Cina berdiri di depan restoran itu. Di bahunya dia menyandang beg yang berisi setokin lelaki dan setokin perempuan.

Tangan kanannya memegang sampel-sampel setokin yang dijualnya.

Tangan kirinya pula memegang kertas yang ditulis: "I can't speak." (Saya tidak dapat bercakap.)

Seperti banyak orang lain yang keluar restoran lalu singgah membeli setokinnya, semasa saya keluar saya juga pergi kepadanya dan membeli sepasang setokinnya.





1 comments:

  Bibi

12 Mac 2010 10:35 PTG

Saya juga pernah membeli 'keychain' daripada peniaga asing yang bisu. Ketika itu saya sedang mendengar(free coaching session) bersama Tuan Sabtu M Ali dan beliau juga membeli satu.