Pelanggan Sentiasa Betul


Seorang jurutera mengalami sakit gigi disebabkan giginya berlubang, lalu dia pergi ke klinik gigi.

Dia berkata kepada doktor gigi, "Cabut sahaja gigi saya."

Jawab doktor gigi itu, "Baiklah."

Si pelanggan bertanya, "Berapa bayarannya?"

Doktor gigi itu menjawab, "RM80."

"Berapa lama tuan akan cabut gigi saya?" tanya si pelanggan.

Jawab doktor itu, "Tidak sampai 1 minit."

Kata jurutera itu, "Mahalnya upah tuan. Tidak sampai satu minit, saya harus bayar RM80."

Doktor itu pun berkata kepada pelanggannya, "Tuan beritahu sahaja berapa lama tuan mahu saya cabut gigi tuan...."



0 comments: