Risiko Bersaing


Budaya bersaing sudah menjadi budaya dalam kalangan peniaga. Kita diasuh supaya yakin bahawa kalau kita mahu berjaya dalam perniagaan maka kita wajib pandai bersaing.


Dalam berniaga jangan bersaing kerana apabila kita bersaing kita akan menjadikan pesaing-pesaing kita itu sebagai fokus pemikiran kita.

Salah satu tindakan kita bersaing adalah kita mencari jalan bagaimana mahu menurunkan harga produk kita supaya lebih murah daripada harga yang ditawarkan oleh pesaing-pesaing kita. 


Kita juga mahu menaikkan kualiti barang kita supaya lebih baik daripada kualiti produk yang ada dalam pasaran. 

Kita mahu melawan langkah-langkah promosi yang mereka gunakan. 

Kita mahu mencuri pelanggan mereka. 

Kalau dapat, kita mahu membunuh bisnes mereka.

Semangat persaingan yang tinggi menyebabkan persaingan itu sendiri sudah menjadi matlamat kita. Akibatnya otak, duit, masa dan tenaga kita gunakan bagi memenangi persaingan. Perniagaan kita sendiri sudah tidak lagi menjadi fokus. 


Kita lakukan sesuatu sebab hendak melawan pesaing-pesaing, bukan kerana kita hendak menawarkan apa yang sebenarnya dimahukan oleh pelanggan kita.


 

.

1 comments:

  dhidaida

4 Julai 2010 10:31 PTG

salam puan,

sekiranya tidak bersaing, tidak menurunkan harga, tidak melakukan promosi setiap minggu...cara bragaimana lagi untuk menarik pelanggan utk membeli n mengetahui produk makanan yang dihasilkan?boleh puan kongsi dgn saya..kerna buat masa sekrang mmg saya melakukan cara menurunkan harga barangan dan membuat promosi mengikut expo..kedai ada juga tapi jualan lambat...boleh puan bagi idea..saya baru nak berniaga dan menghasilkan 1 produk baru..dan bg nak menjadikan produk saya dikenali ramai mmg saya buat cara persaingan...ada cara lain yang saya boleh buat?