Risiko Menjadi Pengarah Syarikat Sendirian Berhad


Apabila kita duduk dalam lembaga pengarah syarikat sendirian berhad, lazimnya kita menikmati beberapa keistimewaan (dengan syarat syarikat itu mempunyai kemampuan kewangan yang sihat) seperti elaun bulanan dan lain-lain 'perks'.

Namun, kita juga menanggung risiko.

Risiko yang paling berat adalah, bagi setiap ringgit hutang yang ditanggung oleh syarikat, kita sebagai pengarahnya menjadi penjamin peribadi.

Maksud penjamin peribadi adalah semua harta milik peribadi kita boleh dilelong oleh bank bagi tujuan mendapatkan semula jumlah hutang yang diberikan kepada syarikat.

1 comments:

  Mr Saharman

18 Mac 2010 3:42 PTG

Assalamualaikum,

Terima kasih Puan Ainon di atas tip-tip bisnes yang diberikan.
Tidakkah pengarah akan terselamat dari resiko hutang, hanya pemilik syarikat enterprise sahaja yang akan menanggung segala beban hutang syarikat.

Sila beri tunjuk ajar yang berkaitan.

Sekian Terima kasih,
Saharman B. Ariffin