Surat: Kekurangan Main Bisnes Kontrak


Puan Ainon,

Sepuluh tahun dulu, tatkala saya bersama teman mahu menubuhkan syarikat yang akan terlibat dalam industri pembinaan, mentor Lao Bang saya memberikan syarahan panjang.

Masih saya ingat, Lao Bang menerangkan tentang character Cina (bei)

Bei membawa maksud 'sesuatu yang berharga'. Dari character ini ia berkembang membentuk character lain yang
bermaksud 'jual'

Dari character bei juga ia berkembang membentuk satu lagi character yang membawa maksud 'beli'

Apabila 2 character 'jual' dan 'beli' ini diletakkan sebelah menyebelah ia membawa maksud baru iaitu 'perniagaan'.

Menurut Lao Bang, untuk berjaya dalam business, mesti berpegang kepada prinsip beli dengan harga serendah mungkin dan jual dengan harga lebih tinggi.

Fast Foward...10 tahun selepas syarahan itu, syarikat kontraktor kelas A saya telah berkembang. Kami telah memperolehi lebih dari 100 juta projek. Segala cabaran yang kami hadapi sukar nak diperikan. Kenapa? Hanya kerana kami nak buat sendiri. Mahu berdikari.

Hakikatnya, perniagaan kontraktor tidak memenuhi flasafah Lao Bang, kerana syarikat kontraktor berteraskan ciri: kenalpasti projek, masuk tender, lobi menteri, buat sendiri (saya tidak pernah jual projek), kadang-kadang rugi, dan untungnya tidak sebesar yang diimpikan.

Kenapa? Kerana kami menentang arus.

Industri ini masih dikuasai oleh mereka yang menguasai rantaian bekalan.

Sekarang atas nasihat Lao Bang, saya mempelbagaikan bidang. Dan 8 syarikat saya bersandarkan falsafah Lao Bang, iaitu perniagaan mesti berasaskan jual dan beli.

Sekian.

Roslan Abdul Hamid



0 comments: