Menjual adalah Kerja Mudah


Orang yang belum pernah berniaga lazimnya menyangka bahawa kerja yang paling susah adalah menjual.

Bukan, bukan menjual yang paling susah. Menjual adalah kerja yang paling senang. Semua orang boleh menjual. Apa-apa sahaja dapat dijual.

Dalam bisnes, ada dua proses yang berbeza. Satu menjual. Satu lagi mengutip bayarannya.

Kalau kita menjual aiskrim menggunakan motosikal, proses menjual dan mengutip bayaran berlaku pada waktu yang sama.

Dalam bisnes besar, amalan jual-bayar serentak itu tidak berlaku. Segala-galanya menggunakan sistem kredit – jual beli secara hutang.

Kerja yang paling susah dalam perniagaan adalah MENGUTIP HUTANG!

3 comments:

  ummi68

20 April 2010 5:28 PG

Begitulah hakikatnya...susah nak kutip hutang itu yang menyebabkan nak menjual jadi 'berat'.

  atemi

17 September 2010 10:57 PG

memang setuju...!! kos kutip hutang adakala terlalu tinggi..

  abanglong

23 Oktober 2010 11:20 PG

hahaha sangatlah setuju..

kadang kadang macam minta sedekah lak!!!