Jangan Pandai Bersaing


Tidak ada nas, baik dalam al Quran mahupun dalam hadith yang mengatakan kita akan diberi pahala ataupun diberikan rezeki yang banyak apabila kita pandai bersaing, baik dalam beribadah, apatah lagi dalam bisnes.

Tingkah laku bersaing adalah tingkah laku dan sikap mahu menang dengan cara mengalahkan orang-orang lain.

Perkataan "bersaing" tidak dapat digunakan bersama-sama perkataan yang membawa makna positif seperti dalam ayat "Mari kita bersaing menolong bisnes orang-orang lain."

Istilah yang digunakan dalam al Quran adalah "berlumba-lumba".

Perkataan "berlumba-lumba" dapat digunakan dalam ayat "Mari kita berlumba-lumba menolong bisnes orang-orang lain."




.

1 comments:

  muddathsir

20 Oktober 2010 8:25 PG

[Petik] Perkataan "berlumba-lumba" dapat digunakan dalam ayat "Mari kita berlumba-lumba menolong bisnes orang-orang lain." [/Petik]

Saya pernah guna ayat "Jom LUMBA siapa buat sales paling rendah hari ni kena tutup booth!"

"Semua tak perlu buat sale hari ni sebab saya akan bolot semua!"


AlhamdulilLah.. ayat begini berkesan pada salesman yang bersaing positif (saling membantu selain rasa seronok untuk bekerja).


p/s: Pn Ainon, saya minta izin letak link Pn sebagai mentor bisnes. Boleh? izinkan saya.. AlhamdulilLah.