Memberi Nasihat kepada Pelanggan adalah Sangat Penting Demi Kepentingan Bisnes Kita Sendiri


Seorang sahabat Facebook saya yang bernama Tn. Ismazaidi Ismail menulis begini:


"Saya setuju dengan kenyataan Puan. Semenjak berurusan dalam mencari supplier barangan niaga saya, banyak beza Melayu dan Cina (malu pula kita). Semalam saya berurusan dengan seorang supplier Cina di utara, beliau memberi nasihat dan pelbagai panduan niaga kepada saya. Sengaja saya berjumpa dengannya walaupun sebenarnya pesanan boleh dibuat hanya melalui online. Tiap kali saya pergi bersemuka pasti ada sahaja nasihat dan panduan diberikan kepada saya. Berbanding berurusan dengan supplier Melayu, sudahlah saya hanya dilayan sebagai 'end user' pertanyaan-pertanyaan pun dijawab dengan sambil lewa sahaja. Memang mengecewakan. Kesimpulannya, peniaga Cina memang lebih bersedia menjadi mentor berbanding orang kita sendiri."

Apa yang ditulis oleh Tn. Ismazaidi Ismail itu menunjukkan perasaan puas hati pelanggan akan naik apabila mereka diberi maklumat yang relevan dengan keperluan mereka. Pelanggan yang puas hati akan datang berkali-kali membeli dari kedai kita, malah mereka akan merekomen kedai kita kepada orang-orang lain.

Dalam perniagaan, apa yang disebut sebagai 'nasihat' adalah informasi teknikal yang berguna kepada pelanggan berkenaan produk yang kita jual kepadanya.


.