Memberi Nasihat kepada Pelanggan adalah Sangat Penting Demi Kepentingan Bisnes Kita Sendiri


Seorang sahabat Facebook saya yang bernama Tn. Ismazaidi Ismail menulis begini:


"Saya setuju dengan kenyataan Puan. Semenjak berurusan dalam mencari supplier barangan niaga saya, banyak beza Melayu dan Cina (malu pula kita). Semalam saya berurusan dengan seorang supplier Cina di utara, beliau memberi nasihat dan pelbagai panduan niaga kepada saya. Sengaja saya berjumpa dengannya walaupun sebenarnya pesanan boleh dibuat hanya melalui online. Tiap kali saya pergi bersemuka pasti ada sahaja nasihat dan panduan diberikan kepada saya. Berbanding berurusan dengan supplier Melayu, sudahlah saya hanya dilayan sebagai 'end user' pertanyaan-pertanyaan pun dijawab dengan sambil lewa sahaja. Memang mengecewakan. Kesimpulannya, peniaga Cina memang lebih bersedia menjadi mentor berbanding orang kita sendiri."

Apa yang ditulis oleh Tn. Ismazaidi Ismail itu menunjukkan perasaan puas hati pelanggan akan naik apabila mereka diberi maklumat yang relevan dengan keperluan mereka. Pelanggan yang puas hati akan datang berkali-kali membeli dari kedai kita, malah mereka akan merekomen kedai kita kepada orang-orang lain.

Dalam perniagaan, apa yang disebut sebagai 'nasihat' adalah informasi teknikal yang berguna kepada pelanggan berkenaan produk yang kita jual kepadanya.


.

5 comments:

  atemi

17 September 2010 10:59 PG

malu juga bilamana bangsa lain boleh menjadi mentor yang lebih baik..

  Pokli.com

22 September 2010 11:47 PG

perkongsian yang menarik...sbb tu bangsa lain lebih maju dari kita......oleh itu kita kena tiru budaya mereka...suka berkongsi dan ikhlas dalam perniagaan

  muddathsir

20 Oktober 2010 8:12 PG

Assalamualaikum wbk,

AlhamdulilLah, apabila saya gagal semasa mula-mula ceburi perniagaan IT.. Selain sokongan ibu, ramai kawan-kawan Melayu mentertawakan usaha saya.

Tapi sahabat karib saya seorang Cina dari Pulau Pinang yang banyak bagi tunjuk ajar agar bangun kembali..

Contohnya belajar aliran tunai (cash flow), baca buku yg beliau cadangkan berkenaan bisnes..

AlhamdulilLah saya bermula kembali dari sifar.


[Petikan] Dompet pelanggan yang berpelajaran tinggi adalah tebal dengan duit.

Apabila kita dapat membekalkan mereka dengan produk ataupun perkhidmatan, banyaklah duit dari akaun bank mereka yang dapat kita pindahkan masuk ke dalam akaun bank kita. [/Petikan]

Saya biasa dengar ayat ni daripada kawan Cina..


p/s: Saya follow blog Pn! AlhamdulilLah

  abanglong

23 Oktober 2010 11:11 PG

salam...

baru terjumpa blog ni. sangat berguna :)

thanks for sharing.

  iEz and Mr.Tipso

6 Disember 2011 5:55 PTG

Terima kasih, sangat membina artikel Pn.