Pelanggan yang Puas Hati Sanggup Membayar Lebih


Walaupun kita berniaga kecil-kecilan, sebagai contoh kita menjual roti canai di gerai tepi jalan, anggap sesiapa sahaja yang datang ke gerai kita sebagai orang kaya.

Sebagai pengusaha warung tepi jalan, pelanggan kita adalah orang-orang kecil bukan orang besar, namun layan semua pelanggan kita seolah-olah mereka itu adalah orang-orang kaya.

Semua orang, baik orang kecil sekalipun, kita semua suka dilayan sebagaimana orang kaya dilayan.

Orang kaya suka apabila kita menerima wang mereka dengan melapikkan tangan kiri di bawah tangan kanan. Begitu juga apabila kita menyerahkan wang tukaran kepada mereka.

Lakukan perkara yang sama apabila menerima wang dari pelanggan orang kecil.

Orang kaya jarang-jarang datang ke gerai kita. Yang selalu datang adalah orang-orang kecil.

Sebenarnya bisnes warung kita sangat bergantung kepada duit orang-orang kecil. Duit mereka lebih besar maknanya daripada duit orang kaya.

Pelanggan yang puas hati dengan cara kita melayan mereka tidak akan bising-bising apabila mereka perlu membayar lebih sedikit daripada biasa.


.

2 comments:

  muddathsir

27 Disember 2010 11:56 PTG

AlhamdulilLah..

Kadang-kadang mengail ikan besar.. kadang-kadang mengail ikan kecil..

Selalunya ikan kecil yang dapat hari-hari.. Ikan besar sekali dapat boleh disimpan, makan berbulan-bulan.. Tapi nak dapatnya jarang-jarang..


AlhamdulilLah, entri ni menginsafkan saya..(reflek realiti kehidupan..)


MuzzamMiL

  Web Sutera

31 Disember 2010 10:04 PTG

Bersetuju dan menarik! Saya pernah nyatakan bahawa dalam bisnes katering, saya mengambil sikap serius kepada semua jenis pesanan, sama ada 50 pax sahaja ataupun 2,000 pax. Berapa sahaja bilangan pax, ianya tetap memerlukan servis yang memuaskan klien.