Strategi Keterbezaan Produk


Apabila kita menjual produk yang sudah banyak terdapat dalam pasaran, maka strategi keterbezaan produk (product differentiation) menjadi sangat penting.

Apakah ciri-ciri yang membezakan produk kita daripada produk-produk lain?

Sebagai contoh, jika kita hendak menjadi pengeluar telur masin, apakah ciri yang membezakan telur masin kita daripada telur masin yang sudah ada dalam pasaran?

Apabila produk kita serupa dengan produk-produk lain, kita tidak dapat menjualnya pada harga yang lebih tinggi. Malah, disebabkan kita pemain baru, kita terpaksa bersaing dengan menjual pada harga yang lebih rendah.

Dengan menterbezakan produk kita, maka kita dapat menjual pada harga yang paling sesuai dengan kos pengeluaran kita.