Surat Seorang Penyelia Setor


Puan Ainon,

3 tahun saya berkerja sebagai Penyelia di Pasaraya tetapi sebelum menjadi penyelia saya jadi penjaga stor selama 2 tahun kadang kala pemangku penyelia ( total experience 5 years). ceritanya begini.

Manager saya berbangsa cina dan sering meng’compare’kan orang bumiputra dengan bangsa cina. Dia cakap orang cina pandai buat business, asal buat business mesti maju punya, dia cakap macam tu sengaja menyindir kita orang.

saya (orang bumiputra) memprotes dalam hati” ok tak apa tengok nanti”, so saya belajar apa yang dia buat dan belajar cara dia fikir..

kaedah dia macam ni... Apabila ada pesaing di sekitar... jatuhkan business pesaing anda dengan cara mencuri pelanggan setempat iaitu membuat promosi setiap minggu..

kotak boleh recycle jual balik, besi rak yang usang jual balik, matikan aircond apabila musim hujan, jual barangan yang paling laris dalam harga yang sangat murah untung 1 sen pun puas hati...

so apabila semua pelanggan setempat tertumpu kepada pasaraya anda... pesaing tetap akan gulung tikar. tinggalah pasaraya manager saya..

lagi satu.. memang best kerja guna strategi marketing kerana setiap minggu kaedah ini bertukar-tukar memerlukan kecerdikan para penyelia.. cikgu tak ajar ni waktu sekolah -- cuma main chess jer lah --

lagi satu kebanyakkan orang kerja dengan gov tu terutama kerja opis -- banyak yang tak lulus jadi penyelia pasaraya kerana lembab berfikir dan tidak agresif berkerja -- sebab konform hujung bulan dapat gaji --

kalau kerja dengan swasta ni kena berkerja dari segi mental-rohani serta fizikal -- sebab takut2 company gulung tikar.

Dan akhirnya saya berjaya menjawat jawatan penyelia kerana jualan saya tahun 2008/09 naik 101% (tak tipu) dan masih berusaha untuk memastikan company tidak gulung tikar sebab lebih 5 orang pekerja di bawah jagaan saya dan 15 orang lagi di bawah jagaan mereka -- semua cari makan cara halal -- ikut kaedah orang cina iaitu -- sentiasa mencari kaedah untuk mencari wang untung

Andrew Santo Joseph