Puan Asha Bertanya


Puan Ainon,

Buat pengetahuan puan, saya mempunyai sebuah kedai dobi yang masih belum setahun beroperasi.

Masalah saya adalah pekerja saya, bukan sekali dua membuat kesilapan. Berkali-kali sehingga pelanggan akan lari.

Massalah saya, saya tidak sampai hati hendak membuang pekerja itu, Dia adalah pekerja pertama saya semasa mula-mula membuka kedai, tetapi dialah yang paling susah untuk dibentuk.

Bukan setakat saya sahaja yang agak tension dengannya, malah anak buah saya yang lain pun begitu. Dia tidak pernah mengaku salah.

Kalauo tengok muka kesian dia, memang tidak sampai hati hendak buang dia.

Minta khidmat nasihat puan.

ASHA

.....................

Puan Asha,

Pekerja puan itu seorang yang setia kepada puan kerana walaupun layanan di tempat kerja tidak berapa menyeronokkan hatinya, namun dia tetap tidak mencari kerja lain.

Ertinya, ada sesuatu tentang cara puan melayan pekerja-pekerja puan yang menyebabkan dia masih mahu bekerja dengan puan.

Dalam surat puan, puan ada menyebutkan bahawa puan mengenang budinya sebagai pekerja puan yang pertama.

Pernahkah puan katakan perkara itu kepadanya? Jika belum, katakanlah bahawa puan terhutang budi kepadanya.