Beri Peluang Staf Melakukan Kesilapan


Apabila kita mahukan staf-staf syarikat supaya berasa seronok dan puas hati menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab masing-masing, mereka perlu didorong supaya berani mencuba cara-cara baru bagi menjalankan kerja-kerja mereka, dan mencipta produk-produk baru.

Namun risikonya nanti adalah mereka akan melakukan kesilapan. Setiap kesilapan adalah kos yang terpaksa ditanggung.

Di satu pihak lain, jika mereka tidak melakukan kesilapan, mereka tidak berjaya mencipta cara kerja baru yang lebih efisien, ataupun mencipta produk-produk baru yang lebih laku.

Kos yang ditanggung akibat kesilapan seperti itu adalah kos yang diperlukan, bukan kos yang mesti dielakkan. Istilahnya, "the cost of doing business", serupa dengan kos membayar gaji, menyewa pejabat dan kos-kos wajib lain.


.