Pelanggan Kita adalah Salesman Kita


Apabila kita membuka bisnes, ada jenis-jenis bisnes di mana kita tidak perlu mengambil salesman yang kita bayar gaji bulanan.

Sebaliknya, kita hanya perlu menjadikan pelanggan-pelanggan kita sebagai salesman kita.

Pelanggan yang puas hati akan bercakap kepada orang lain dan memberitahu mereka supaya datang ke tempat kita. Jadi, mereka sebenarnya menjalankan tugas-tugas salesman bagi bisnes kita.

Jika kita mengambil salesman, kosnya tinggi. Kita terpaksa membayar gaji bulanan, EPF, SOCSO, insuran perubatan, elaun minyak, dan macam-macam lagi kos.

Dengan menggunakan perkhidmatan pelanggan-pelanggan kita yang puas hati, kosnya adalah sifar!