Budaya adalah Modal


Budaya adalah modal bisnes yang tinggi nilainya.

Maksudnya, gunakan unsur-unsur budaya apabila menjalankan bisnes, nanti hasilnya pelanggan kita lebih berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan kita.

Dalam budaya Melayu, ada tingkah laku yang dikaitkan dengan budaya tinggi ataupun budaya rendah.

Penggunaan budaya tinggi menghasilkan kualiti layanan yang lebih tinggi dan menghasilkan rasa puas hati yang lebih tinggi pada pelanggan.

Sebagai contoh, perbuatan mengembalikan wang tukaran kepada pelanggan dengan melapikkan tangan kiri di bawah tangan kanan, adalah dikaitkan dengan dengan adab-adab budaya tinggi yang halus.

Apabila ini dilakukan, pelanggan berasa lebih puas hati, dibandingkan dengan cara memulangkan wang dengan menggunakan sebelah tangan sahaja.




.