Memuaskan Hati Pelanggan dengan Menggunakan Modal Budaya


Buku-buku panduan memuaskan hati pelanggan yang diterbitkan di luar negara mempunyai beberapa kekurangan. Yang paling ketara adalah perbezaan budaya.

Pakar-pakar bidang perkhidmatan pelanggan di Amerika menulis tentang bagaimana cara yang betul memuaskan hati pelanggan di negara mereka sendiri. 

Ada aspek-aspek yang serupa antara pelanggan bangsa Amerika dan pelanggan bangsa-bangsa lain, seperti semua pelanggan di semua negara mahukan perkhidmatan yang cepat, pantas dan tepat.

Tetapi, disebabkan oleh perbezaan budaya maka ada aspek-aspek yang berbeza antara apa yang disukai oleh pelanggan Amerika dan apa yang disukai oleh pelanggan bangsa-bangsa lain.

Sebagai contoh, di dalam restoran di hotel-hotel 5 bintang pelayan akan melayan tetamu perempuan dahulu. Umpamanya, jika di meja itu ada pasangan suami isteri, pelayan akan meletakkan minuman yang dipesan di hadapan pelanggan perempuan dahulu, kemudian baru diletakkan minuman pelanggan lelaki. Ini adalah peraturan dalam budaya Amerika. Dengan mengamalkan prosedur ini pelanggan berbangsa Amerika akan puas hati, baik pelanggan yang lelaki mahupun yang perempuan.

Dalam budaya Melayu yang murni, layanan diberikan kepada pelanggan lelaki dahulu, kemudian baru pelanggan perempuan. Layanan seperti ini akan sangat memuaskan hati pelanggan lelaki Melayu yang masih berpegang kepada nilai-nilai tradisional.


.