Modal Budaya dalam Bisnes


Salah satu modal yang penting dalam bisnes adalah apa yang disebut 'modal budaya'.

Modal budaya dalam bisnes dapat dikelompokkan ke dalam 2 kategori:

1. Budaya dijadikan produk

Contoh budaya dijadikan produk yang dijual adalah seperti:

a. Menyediakan perkhidmatan pasukan kompang dan pesilat untuk majlis persandingan.

b. Menjual pelbagai alat dan keperluan majlis untuk majlis persandingan.

2. Budaya dijadikan nilai tambah

Contoh di mana aspek budaya dijadikan nilai tambah bagi meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan adalah penyediaan surau di dalam premis bisnes. Ini banyak dilakukan oleh pengurusan kompleks perniagaan dan stesen minyak.

Mutu perkhidmatan menentukan kepuasan pelanggan. Di sinilah pentingnya peranan modal budaya. 

Produk dan perkhidmatan yang kita tawarkan mungkin sudah mempunyai kualiti yang tinggi, tetapi pelanggan belum tentu puas hati disebabkan bisnes kita tidak menghormati pelanggan itu dengan cara-cara yang betul dari sudut budaya. 

Sebagai contoh, kedai makan itu menghidangkan masakan kampung yang sedap, tetapi tidak ada singki basuh tangan yang memudahkan pelanggan membasuh tangan.


.