Budaya dan Bahasa adalah Modal Bisnes yang Amat Menguntungkan


Peniaga-peniaga Cina sangat pandai menggunakan elemen-elemen budaya dan bahasa Melayu sebagai modal perniagaan mereka.

Bagi menjual produk mereka kepada pasaran Melayu, mereka menggunakan pelbagai elemen dalam budaya Melayu, seperti:

1. Nama syarikat menggunakan perkataan-perkataan Melayu.

2. Logo syarikat yang serasi dengan minda Melayu.

3. Nama-nama produk dengan menggunakan perkataan Melayu.

4. Logo produk menggunakan ikon-ikon yang mempunyai kaitan rapat dengan nilai-nilai budaya Melayu.

5. Desain pakejing yang mengggunakan elemen-lemen Melayu.

6. Mengambil petugas-petugas Melayu di mana pembeli Melayu adalah majoriti. 

7. Pakaian seragam petugas mereka menggunakan desain Melayu, seperti pelayan restoran memakai kebaya ataupun kurung Kedah. 

Peniaga Melayu dapat belajar banyak dari peniaga Cina berkenaan strategi bahasa dan budaya bagi menjual kepada sesuatu kelompok pasaran.